Kerajaan pimpinan Anwar-Zahid lebih telus dan berintegriti

PUTRAJAYA – Gabungan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencorakkan ketelusan dan integriti dalam sistem pentadbiran.

Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata perkara ini penting memastikan tiada campur tangan politik dalam bidang kehakiman.

“Ia selaras dengan prinsip pemisahan kuasa yang menjadi asas demokrasi menerusi cabang eksekutif, legislatif, dan kehakiman yang harus berfungsi secara bebas tanpa sebarang pengaruh luar.

“Ketelusan yang ditegaskan oleh Anwar dan Ahmad Zahid menunjukkan komitmen mereka terhadap reformasi institusi, di mana undang-undang harus dilaksanakan secara adil dan saksama,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Ahad.

Tambah Awang Azman lagi, situasi ini berbeza dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang terlibat dalam beberapa pertuduhan kes di mahkamah, mencerminkan cabaran bagi bekas pemimpin yang sering kali cuba mempertahankan diri dengan mempolitikkan isu.

Ujarnya, jika sentiasa bertindak menyalahkan kerajaan tanpa bukti yang jelas boleh menggugat persepsi awam terhadap institusi kehakiman.

“Tindakan Muhyiddin menyalahkan kepimpinan negara atas pertuduhan terhadap dirinya boleh dilihat sebagai strategi politik untuk mendapatkan sokongan dan simpati daripada penyokong.

“Namun, hujah ini menimbulkan persoalan kritikal, adakah tindakannya mencerminkan kebertanggungjawaban atau sekadar cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar,” katanya.

Justeru, katanya, masyarakat madani yang matang, rakyat perlu menilai secara kritis setiap tindakan pemimpin, termasuklah sama ada tuduhan yang dilemparkan adalah berdasarkan fakta atau retorik politik semata-mata.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000