Kerajaan pertimbang pengecualian subsidi bagi golongan T10, bukan T15 – PM

KERAJAAN sedang mengkaji untuk mengecualikan subsidi hanya kepada golongan 10 peratus berpendapatan teratas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ini akan memerlukan perubahan klasifikasi golongan berpendapatan tinggi yang dikecualikan subsidi daripada T15 kepada T10.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mengkaji sama ada isi rumah antara T15 dan T10 mampu menampung perbelanjaan tanpa subsidi.

“Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk menukar klasifikasi kumpulan yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi daripada T15 kepada T10, iaitu 10 peratus berpendapatan teratas.

“Ada pihak yang marah, yang mengatakan untuk T15, pendapatan mereka ialah RM12,000.

“Ini belum diputuskan lagi, sebab kita nak tengok sama ada mereka (T15) mampu hadapi (tanpa subsidi),” katanya ketika berucap pada muktamar negeri PKR Perak di sebuah hotel di sini pada Ahad.

“Sekiranya kumpulan T15 tidak dapat mengatasinya, maka kita alihkan kepada T10 atau tingkatkan pendapatan lebih tinggi daripada RM12,000. Mungkin pendapatan boleh jadi RM15,000 malah RM18,000 sebulan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, menolak dakwaan bahawa kerajaan mentakrifkan kumpulan T15 sebagai isi rumah berpendapatan RM12,000 atau lebih.

“Kerajaan belum memuktamadkan kumpulan pendapatan kumpulan T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan tahun depan.”

“Bagaimanapun pembangkang mempertahankan T15, apabila ada di antara mereka memperoleh RM100,000, malah RM1 juta sebulan.

“Yang penting ialah sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat Malaysia tidak terjejas,” tambahnya.

Dalam pembentangan Bajet 2025 pada 18 Oktober, Anwar berkata, tidak akan ada lagi subsidi pendidikan untuk ahli komuniti T15 yang mendaftarkan anak mereka ke sekolah kediaman penuh dan institusi pengajian tinggi awam.

Anwar juga berkata, subsidi yang disasarkan untuk petrol RON95 akan dilaksanakan pada pertengahan 2025 tetapi menambah bahawa 85 peratus daripada penduduk masih akan menerimanya.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi