Kerajaan pastikan RMK13 selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI

KERAJAAN MADANI akan memastikan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Julai ini selari dengan hala tuju dan Kerangka Ekonomi MADANI.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, usaha menyelaras rancangan lima tahun itu dengan prinsip Ekonomi MADANI adalah antara tugas yang sedang dijalankan.

Jelasnya, ia bagi memastikan setiap strategi dan perancangan yang digariskan bukan sekadar dokumen dasar, tetapi mampu diterjemah dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.

“Perbincangan yang diadakan dengan kementerian yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi telah banyak berjalan. Bila kita sampai ke tahap ini, kita kena pastikan yang apa yang kita keluarkan dalam RMK13 selari dengan hala tuju kerajaan sekarang.

“Kerajaan sekarang ada Kerangka Ekonomi MADANI. Justeru, antara tugas saya adalah memastikan ia selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap, hari ini.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah yang kini turut menggalas tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata, kejayaan pelaksanaan RMK13 kelak juga banyak bergantung kepada sambutan dan komitmen kementerian selaku agensi pelaksana.

Justeru, penyelarasan dengan pihak kementerian amat penting bagi memastikan rancangan tidak sekadar menjadi pelan di atas kertas.

“Kalau kementerian tidak sambut dengan baik, RMK13 hanya akan jadi pelan atas meja. Kita tidak mahu itu berlaku.

“Sekarang kita nak olahkan dan kita nak selaraskan dengan kementerian agar sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.

Related Posts

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan cadang kandungan guna AI dilabel

KERAJAAN sedang meneliti cadangan mewajibkan pelabelan kandungan dihasilkan kecerdasan buatan (AI) sebagai ‘AI generated’ mengikut Akta Keselamatan Dalam Talian yang bakal dikuatkuasakan hujung tahun ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon

PRN17: Armizan ucap terima kasih kepada Muhyiddin, mudahkan urusan GRS

PRN17: Armizan ucap terima kasih kepada Muhyiddin, mudahkan urusan GRS

Pesta Saratok 2025 tonjol warisan, lonjak ekonomi setempat

Pesta Saratok 2025 tonjol warisan, lonjak ekonomi setempat