Awas! Naratif jahat cetus kegusaran awam muncul setiap kali pilihan raya

RAKYAT dinasihatkan berwaspada dengan cerita-cerita ‘jahat’ yang sengaja ditimbulkan setiap kali menjelang pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan naratif ‘jahat’ yang sengaja mahu menimbulkan kegusaran awam menggunakan sentimen agama dan perkauman.

Beliau menyorot perhatian kepada dakwaan di media sosial kononnya Masjid Air Kuning di Perak sudah tidak boleh melaungkan azan menggunakan pembesar suara.

Anwar membidas naratif yang berulang itu, mengatakan ia bertujuan menimbulkan kegusaran awam.

“Budaya seperti ini harus dinoktahkan segera bagi mengelak kesan buruk kepada masyarakat dan negara,” katanya, dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri yang disampaikan Setiausaha Akhbar Tunku Nashrul Tunku Abaidah, hari ini.

Pada masa sama, Anwar menyeru masyarakat untuk mengangkat budaya berfikir, dan menolak sebarang kegiatan yang memecah-belah umat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning, di Perak, pada 26 April ini berikutan kematian wakil rakyatnya Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.

Pada PRU15 lalu, Ishsam daripada Barisan Nasional memenangi Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara