Kerajaan negeri tangguh projek rintis ZAB Wang Kelian

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis menangguhkan pelaksanaan cadangan Projek Rintis Zon Aliran Bebas (ZAB) Wang Kelian berikutan kejadian banjir yang mengakibatkan beberapa insiden tanah runtuh di laluan utama menuju sempadan Thailand.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Pelaksanaan Projek Rintis ZAB Wang Kelian bersama jabatan teknikal serta agensi penguatkuasaan pada 1 Disember lalu.

“Penangguhan dibuat susulan kejadian tanah runtuh di 11 lokasi di laluan Wang Kelian ke Wang Prachan ketika banjir minggu lepas.

“Jabatan Kerja Raya negeri menilai keadaan lokasi tersebut sebagai tidak selamat dan mencadangkan laluan berkenaan ditutup sementara kecuali untuk kenderaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kerja pembaikan sedang dijalankan dan dijangka memakan masa antara enam hingga 12 bulan sebelum laluan itu dapat disahkan kembali selamat, manakala projek rintis hanya akan diteruskan selepas penilaian keselamatan selesai.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian ditutup sejak 23 November 2025 sehingga keadaan laluan kembali stabil dengan semua urusan keluar masuk ke Thailand digerakkan melalui Kompleks ICQS Padang Besar.

Menurut Mohd. Shukri, bagi mengurangkan risiko penduduk Kampung Wang Kelian terputus bekalan asas, kerajaan negeri mencadangkan pembukaan satu laluan aliran bebas khas antara kampung itu dan Wang Prachan, namun cadangan tersebut masih pada peringkat awal dan memerlukan penelitian lanjut oleh agensi berkaitan.

Mohd. Shukri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu mangsa banjir sejak Pusat Kawalan Operasi Bencana dan Pos Kawalan Tempat Kejadian diaktifkan pada 24 November 2025, selaras dengan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1.

Menurutnya, seramai 7,587 mangsa banjir daripada 2,267 keluarga telah ditempatkan di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak bencana itu melanda negeri berkenaan.

Setakat pukul 4 petang, hanya tiga PPS masih beroperasi, menempatkan 288 mangsa daripada 90 keluarga yang masih memerlukan perlindungan.

Tambah beliau, kerajaan negeri bersama Nadma serta agensi terlibat kini memberi tumpuan kepada kerja-kerja penilaian kerosakan dan pembersihan pasca banjir bagi memastikan kawasan terjejas dapat dipulihkan dengan segera.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta