Kerajaan Madani komited basmi kemiskinan kaum India

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu kemiskinan dalam kalangan kaum India di negara ini akan terus menjadi keutamaan di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited memastikan tiada kumpulan atau kelompok masyarakat dipinggirkan, khususnya kaum India.

“Kebersamaan dan perpaduan mesti terus diperkukuh sebagai jalan ampuh menjelmakan perubahan serta keamanan buat negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial bersempena perayaan Ponggal.

Menerusi hantaran sama, Anwar berharap agar perayaan Ponggal tahun ini disambut dengan lebih meriah dan bermakna di samping keluarga tersayang.

Ponggal, yang bermaksud ‘melimpah’ – adalah perayaan kedua terbesar selepas Deepavali bagi masyarakat Tamil.

Perayaan ini dirai selama empat hari bermula hari ini, sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian.

Related Posts

UEC bukan kurikulum kebangsaan, tiada keperluan diiktiraf

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan langkah itu tidak selari dengan objektif dalam memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam