Perbicaraan kes warga Israel ditangguh kali ketiga

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sekali lagi, kerana terdapat pertikaian daripada pihak pembelaan berhubung jurubahasa Ibrani (Hebrew).

Memetik laporan Bernama, ini adalah kali ketiga perbicaraan ditangguhkan, selepas kali kedua pada Selasa lepas (7 Jan) disebabkan permintaan Avitan untuk mendapatkan jurubahasa Ibrani.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Norina Zainol Abidin bahawa pihak pendakwaan hari ini telah bersedia dengan saksi-saki dalam kes berkenaan, namun tidak membantah penangguhan dikemukakan peguam Jeffrey Ooi yang mewakili Avitan.

“Pihak pendakwaan bersedia. Pihak mahkamah juga telah menyediakan jurubahasa, tetapi ada bantahan daripada pihak peguam terhadap jurubahasa ini dan untuk tidak membuang masa pihak-pihak serta demi kepentingan keadilan, kes ini perlu ditangguhkan pada tarikh yang dicadangkan peguam,” kata Mohamad Mustaffa.

Terdahulu, Jeffrey berkata pihak pembelaan memohon penangguhan itu berkaitan jurubahasa berkenaan yang mungkin akan menimbulkan isu.

“Kami mempunyai beberapa isu penting daripada peguam utama, Datuk Naran Singh, dan kami percaya mahkamah telah menerima surat penangguhan daripada Datuk Naran.

“Kami memohon penangguhan ini kerana satu daripada isu utama adalah penterjemah bahasa Ibrani, yang mungkin menjadi masalah,” katanya dan memohon agar kes ini ditangguhkan ke 14 Feb.

Hakim Norina kemudian membenarkan penangguhan dan melapangkan tarikh-tarikh perbicaraan serta menetapkan 14 Feb depan untuk pengurusan kes berkenaan. 

Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes itu selama 12 hari bermula 6 sehingga 9 Jan, 13 hingga 16 Jan, serta 20 hingga 23 Jan. Perbicaraan kes itu ditangguhkan sebanyak dua kali iaitu pada 6 dan 7 Jan.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan, 39, didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata.  

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Avitan didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19, Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F. 

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac tahun lepas.

Sebelum ini, perbicaraan kes seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sekali lagi ke 13 Januari, kerana masih gagal mendapatkan perkhidmatan jurubahasa Ibrani (Hebrew).

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh baharu itu selepas peguam Datuk Naran Singh, yang mewakili Avitan, memaklumkan bahawa anak guamnya memerlukan jurubahasa Ibrani sepanjang perbicaraan kes tersebut.

“Adalah hak tertuduh untuk diberikan tafsiran dalam bahasa yang difahaminya. Mahkamah akan memberikan satu lagi peluang untuk mencari jurubahasa Ibrani. Oleh itu, kes ini akan ditangguhkan ke Isnin depan (13 Jan),” kata Norina.

Terdahulu, Norina menegur Avitan kerana meminta jurubahasa Ibrani di saat akhir perbicaraan, memandangkan perkara itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

“Perbicaraan ini telah berlangsung hampir sembilan bulan dan anda diwakili peguam, namun isu jurubahasa tidak pernah dibawa ke perhatian mahkamah semasa pengurusan kes,” kata beliau.

“Isu permintaan anda untuk jurubahasa baharu hanya dibawa ke perhatian mahkamah pada saat-saat akhir, iaitu pada hari pertama perbicaraan (semalam), yang sepatutnya dimulakan,” kata hakim.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta