Kerajaan MADANI berjaya tangani isu pemindahan kuil secara harmoni

KERAJAAN MADANI berjaya menguruskan isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dengan baik dan harmoni yang melibatkan sensitiviti agama penuh kebijaksanaan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menterjemahkan ketegasan bahawa kuil itu tidak akan dirobohkan tetapi perlulah mengikut undang-undang sedia ada.

Ismail berkata, isu ini diteliti dan diperhalusi ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

“Alhamdulillah terima kasih kepada YAB PMX atas kebijaksanaan dalam memimpin Kerajaan MADANI dalam menyelesaikan isu ini dengan baik tanpa konflik perkauman dan agama.

“Kerajaan MADANI akhirnya berjaya mengendalikan isu ini dengan penuh kebijaksanaan dengan memastikan Hak pemilik tanah dihormati, iaitu Jakel, dan keperluan komuniti kuil dipenuhi, menggunakan kaedah rundingan dan solusi menang-menang (win-win situation) dicapai dan akhir sekali adalah keharmonian antara agama dikekalkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, kontroversi ini selesai apabila pihak pengurusan kuil berkenaan bersetuju untuk rumah ibadat berkenaan dipindahkan ke lokasi baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, hasil kesepakatan antara pelbagai pihak termasuk pengurusan kuil, kerajaan telah mengenal pasti tapak baharu berkeluasan 4,000 kaki persegi, yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi asal bagi tujuan penempatan semula kuil berkenaan.

Tambah Ismail, Kerajaan MADANI juga bersifat ihsan dalam menguruskan isu ini dan mempertimbangkan solusi terbaik untuk semua pihak yang terlibat tanpa berlaku sebarang tekanan.

“Inilah manifestasi kepimpinan yang inklusif dan matang, di mana setiap keputusan dibuat dengan timbang rasa, bukan tekanan atau konfrontasi,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM