Kerajaan kaji impak aplikasi DeepSeek

KERAJAAN sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

DeepSeek mendapat perhatian pantas dan model AI platform itu dikatakan menandingi atau melebihi keupayaan platform seperti ChatGPT OpenAI.

Gobind berkata kerajaan memberikan perhatian serius terhadap DeepSeek dan modelnya sebelum ia boleh disesuaikan untuk kegunaan tempatan.

“Pada masa lalu, kita sudah melihat kemunculan ChatGPT dan banyak perkembangan lain dalam dunia AI.

“Ini adalah pembangunan teknologi yang berterusan dan melihat lebih banyak produk berkaitan sebelum meneruskannya.

“Saya fikir kita perlu mengkaji perkara ini untuk melihat bagaimana kita juga boleh menyesuaikannya dengan teknologi semasa di negara ini,” katanya selepas program di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, DeepSeek semakin mendapat perhatian di peringkat global, mencabar kedudukan ChatGPT milik OpenAI meskipun beroperasi dengan sumber lebih terhad.

Kepopularan model AI ini melonjak di gedung aplikasi mudah alih, mengatasi ChatGPT di beberapa pasaran utama termasuk Amerika Syarikat, sekali gus menonjolkan kecekapan kos dan keberkesanannya.

Related Posts

Permohonan Perantis 2.0 dibuka 17 Februari, lahirkan kepemimpinan wanita – Nancy Shukri

KUCHING – Program Kepimpinan Perantisan Wanita (Perantis) 2.0 mampu melahirkan bakat dan kepemimpinan kaum wanita. Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Perantis 2.0 bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkasakan industri penjagaan untuk galakkan wanita kembali bekerja – Nancy Shukri

KUCHING – Industri penjagaan perlu diperkasakan untuk menggalakkan kaum wanita kembali kepada sektor pekerjaan. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, urusan penjagaan keluarga terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji