Kerajaan Johor bantu baiki 280 buah rumah daif

GOLONGAN daif di negeri ini terus diberikan perhatian melalui projek baiki rumah dalam usaha membantu keluarga terpilih menikmati kediaman yang lebih baik dan selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, melalui Program SV Future Johor, sebanyak 280 buah rumah telah dikenal pasti dengan membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM 560,000.

“Program menyasarkan golongan kurang berkemampuan itu melibatkan aktiviti gotong-royong membersih, mengecat dan membaik pulih rumah yang rosak yang terdapat di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.

“Aktiviti khidmat masyarakat secara bergotong royong ini memperuntukkan sebanyak RM2,000 bagi sebuah rumah yang mana kita melihat apa sahaja permasalahan ataupun permintaan oleh keluarga seperti mesin basuh, tikar getah, selain khidmat mengecat, membersih di persekitaran di sekeliling rumah keluarga yang menerima manfaat program,” katanya dalam kenyataan dipaparkan di laman Facebook beliau.

Tambah Mohd Hairi, tahun lalu kerajaan negeri memperuntukkan RM1,500 kos membaiki setiap rumah, namun tahun ini jumlah itu ditambah kepada RM500 bagi memastikan projek membaik pulih kediaman tersebut lebih menyeluruh.

Terdahulu, seramai 28,000 orang termasuk penglibatan Jawatankuasa pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK) dan komuniti setempat di seluruh DUN negeri berkenaan.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan