ADUN Johol dikejarkan ke IJN akibat serangan jantung

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman, dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri kerana serangan jantung, semalam.

Memetik laporan Astro AWANI, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau dimaklumkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN kira-kira jam 3 petang semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).

“Pada awalnya saya cuba hubungi Saiful Yazan yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah lebih kurang jam 2 lebih, namun panggilan itu dijawab oleh isterinya.

“Saya dimaklumkan oleh isterinya, ketika Saiful Yazan dalam perjalanan ke Pusat Dagangan Dunia (WTC), secara tiba-tiba dia terkena serangan jantung dan tidak sedarkan diri, sebelum isterinya terus bergegas membawanya ke IJN,” katanya.

Ismail berkata, lewat petang semalam beliau bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias sempat ke IJN untuk menziarahi Saiful Yazan.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat berjumpa dengannya kerana beliau masih dalam rawatan dan dipantau rapi oleh pihak hospital di IJN.

“Tetapi, setakat ini, saya dimaklumkan pihak hospital telah melakukan prosedur yang sepatutnya dan saya harap doa semua supaya Saiful Yazan kembali sembuh sepenuhnya,” tambahnya.

Saiful Yazan merupakan wakil rakyat sejak tahun 2018 di DUN Johol selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan 15 serta Pilihan Raya Negeri.

Related Posts

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

SEPANG – Kerajaan memberi jaminan keselamatan jemaah haji Malaysia kekal terpelihara walaupun wujud kebimbangan susulan konflik di Asia Barat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

SEPANGGAR – Kerajaan terus komited memperkasa pembangunan luar bandar melalui pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang