Kerajaan hormati keputusan pembangkang – Fadillah Yusof

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menghormati keputusan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) menolak draf cadangan memorandum persefahaman (MOU) berkaitan peruntukan pembangkang.

“Keputusan sudah pun dibuat oleh pihak pembangkang (PN). Jadi kita perlu menghormati keputusan tersebut,” ujar beliau.

Tambah beliau, draf tersebut adalah asas untuk berbincang dan perlu mengemukakan maklum balas tersebut menerusi surat rasmi.

Bagaimana, kata beliau lagi, pihak pembangkang sudah membuat kenyataan menolak draf tersebut.

“Jadi kita terima keputusan mereka menolak draf tersebut,” kata beliau ketika diminta mengulas isu penolakan draf MoU peruntukan pembangkang selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa (SSMiC) 2024 pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin menolak draf MOU peruntukan pembangkang atas dakwaan bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan pada 15 September lalu.

Menurut Hamzah, penolakan PN terhadap draf MOU berkaitan dengan peruntukan pembangkang dikatakan mengancam hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC