Kerajaan belanja RM10 bilion untuk penyakit NCD

PUTRAJAYA – Negara membelanjakan kira-kira RM10 bilion bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) membabitkan penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar, darah tinggi dan kanser.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat, Suhaizan Kaiat berkata, jumlah keseluruhan perbelanjaan rawatan bagi penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kanser adalah sebanyak RM9.65 bilion.

“Kos rawatan pada tahun 2017 bagi penyakit kencing manis adalah sebanyak RM4.38 bilion, darah tinggi dan sakit jantung sebanyak RM3.93 bilion, manakala kanser sebanyak RM1.34 bilion.

“Selepas Covid-19, kos rawatan NCD semakin meningkat dan pesakit mendapatkan rawatan di hospital semakin bertambah.

“Hospital kerajaan menjadi sesak. Trend yang sangat membimbangkan itu boleh menjejaskan petugas serta fasiliti kesihatan dan pembangunan negara secara umumnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suhaizan berkata, tabiat buruk pemakanan iaitu memilih makan tidak bernutrisi, berlebihan atau terlalu kurang makan perlu ditamatkan bermula di peringkat kanak-kanak.

“Rakyat perlu dibimbing sejak kecil untuk mengambil makanan yang seimbang demi menjaga kesihatan.

“Seterusnya ia dapat mengoptimumkan dana kerajaan dalam jangka masa panjang dan langkah pencegahan dan penerangan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,” katanya.

Related Posts

Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi