Kerajaan anjur pemukiman bincang SOP tangani isu buli – Fahmi

KERAJAAN merancang mengadakan sesi pemukiman dalam masa terdekat dengan penyertaan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) menangani isu buli dapat diselaraskan secara menyeluruh.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sesi berkenaan akan melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pertahanan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Bermula Julai lalu, pindaan kepada Seksyen 507 telah diperkenalkan. Pindaan ini memberikan definisi yang jelas tentang perbuatan buli dan menetapkannya sebagai satu jenayah. Oleh itu, SOP serta beberapa perkara lain perlu difahami oleh semua institusi.

“Pemukiman ini bertujuan menyelaras aspek SOP agar kejadian buli dapat ditangani secara menyeluruh.

“Mungkin di sesebuah institusi pendidikan pendekatannya berbeza daripada institusi lain, namun aspek pendakwaan dan keselamatan melibatkan banyak pihak. Perkara ini akan diperincikan dalam pemukiman yang bakal diadakan,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Pada 11 Ogos lalu, media melaporkan kerajaan telah memperkenalkan peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan bagi menangani kes buli, gangguan, penghinaan dan penyalahgunaan maklumat identiti, termasuk yang dilakukan secara dalam talian.

Sementara itu, mengulas cadangan penubuhan tribunal berhubung kes buli membabitkan pelajar dan kanak-kanak, Fahmi berkata, perkara tersebut akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri selepas dokumen berkaitan disediakan.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang