Keputusan DNAA Najib beri kelegaan, kata Nizar

KUANTAN – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak hari ini diharap mencetuskan ‘sesuatu yang positif’ terhadap kesinambungan perbicaraan kes seterusnya.

Anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datuk Mohamad Nizar bersyukur dengan berita itu meskipun ia mengambil masa begitu lama.

“Saya bersyukur dengan keputusan itu. Sungguhpun bukan (bebas) sepenuhnya. Sudah enam tahun kes itu berlangsung dan yang tangguhnya pihak pendakwaraya bukan pembelaan.

“Akhirnya kebenaran itu muncul. Saya harap ini satu permulaan atau penyambungan baik untuk kes ayahanda,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan satu program di sini, petang tadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan DNAA terhadap Najib daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau pada 8 Julai 2014.

Perbicaraan kes itu ‘tergantung’ selama enam tahun – sejak 2019 – tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi