Kepelbagaian jadi kekuatan sebenar Malaysia, hayati Inspirasi MADANI

KOTA BELUD – Hidup bersama dalam kepelbagaian adalah kekuatan sebenar Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop. 

“Kalau mahu belajar hidup dalam kepelbagaian, datanglah ke Sabah.

“Di sini kita meraikan perbezaan dan menjaganya sebagai kekuatan,” katanya.

Beliau menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan menjadi bingkai pembentukan negara, manakala Rukun Negara pula berperanan sebagai ideologi yang mengikat bangsa.

“Perdana Menteri kita sekarang datang dengan Inspirasi MADANI yang perlu kita hayati, kerana ia menuntut kita membina negara berasaskan nilai dengan rakyat sebagai terasnya,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa menjaga negara adalah tanggungjawab bersama rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Tanggungjawab menjaga negara ini adalah rasa kenegaraan yang mesti kita pupuk. 

“Pemimpin datang dan pergi, tetapi negara ini tetap sebuah negara berdaulat.

“Proses membina negara kita masih baharu, hanya sekitar enam dekad, jadi cita-cita ini mesti diteruskan. 

“Jangan biarkan media sosial menentukan masa depan kita,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Inspirasi MADANI (SIM) 2025 Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud.

Dalam ucapannya, Ismail turut menekankan bahawa program ini bukan sekadar ceramah, sebaliknya platform komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat di akar umbi.

Menurutnya, pengisian SIM 2025 meliputi pameran perkhidmatan kerajaan, Bicara Ikon Belia, program TVET dan kerjaya, pameran ekonomi hijau serta pertanian moden, pentas komuniti dan jualan produk tempatan.

“Program ini bertujuan memperkukuh kesedaran terhadap nilai Malaysia MADANI, memupuk semangat patriotisme dan tanggungjawab sosial, serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti setempat,” katanya.

Program berkenaan turut disemarakkan dengan aktiviti Explore Race Belia, persembahan kebudayaan serta kempen Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Suwadi Guliling; Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain; Setiausaha Pertubuhan BUMIS Sabah Bersatu (USBO), Datuk Baror@Baharul Sawi dan Pengarah J-KOM Zon Sabah & Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Milus Alu@Abd Wahad.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16