Kenang insiden Tanduo, hargai pengorbanan wira negara – Firuz

LAHAD DATU – Insiden berdarah di Kampung Tanduo yang meragut nyawa anggota keselamatan negara dalam menentang penceroboh dari Selatan Filipina masih segar di ingatan walaupun sudah 12 tahun berlalu.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata, majlis bacaan doa, tahlil dan yasin dibuat saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang terlibat pada 2013.

“Pejabat Daerah Lahad Datu melalui badan dakwah daerah serta semua wakil jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan mengadakan majlis ilmu ini.

“Saya mewakili masyarakat di daerah Lahad Datu ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas keselamatan kita yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan negara,” katanya kepada media selepas Iftar Perdana 2025 di Majlis Taman Aman Jaya, di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Dr. Jamaluddin Mohd Ali menyifatkan keamanan dikecapi negara hari ini adalah perpaduan dan kerjasama pasukan keselamatan bersama komuniti.

“Sejak 15 Januari 2020, tiada insiden penculikan berlaku, inilah kerjasama pasukan keselamatan dan masyarakat di pantai timur Sabah.

“Peristiwa tanduo ini signifikan dengan kewujudan ESSCOM dan majlis ini juga adalah amanah kita mengenang bahawa amannya negara ini kerana adanya pengorbanan wira-wira negara yang kita tidak lihat,” katanya.

Pengerusi Masjid Nurul Aman, Dr. Mohammad Ayub Yaacob, turut menzahirkan rasa bangga kerana masjid tersebut menjadi lokasi utama bagi penganjuran program memperingati tragedi berdarah di Tanduo.

Seramai 10 anggota perwira negara gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu pada Mac 2013.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen