Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang pupuk semangat cintakan negara

PAKAN – Program JIWA Komuniti Madani @Merdeka dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Pakan yang bertempat di Rumah Rinya, Jagoi Lama, Pakan, Sarawak baru-baru ini.

Antara agensi yang terlibat ialah PDRM Daerah Pakan, Jabatan Pertanian Daerah Pakan, Majlis Daerah Meradong dan Julau, Pejabat Daerah Pakan, KMKK dan Biro Wanita rumah panjang.

Pegawai Penerangan Daerah Pakan, Thomas Madang turut mempromosikan kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penerangan sepanjang Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.

Selain itu juga, pihak Jabatan Penerangan turut mengadakan sesi soal jawab berkaitan dengan tarikh kemerdekaan negara.

Program tersebut diadakan bertujuan menanam semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum.

Tambah beliau lagi, ia juga bertujuan memastikan tahap pengetahuan masyarakat setempat berkaitan dengan tarikh penting Hari Kebangsaan, Hari Sarawak dan pembentukan Malaysia.

Pegawai Daerah Pakan, William Manggoi turut menasihatkan generasi kini agar menghargai usaha dan keperitan nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan

Selain itu juga, beliau turut mengingatkan masyarat setempat agar terus bersatu padu agar keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.

“Kita harus mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita.

Oleh itu, kata beliau, generasi hari ini terutama masyarakat rumah panjang harus merdeka dari segi pemikiran dan bersikap keterbukaan dalam memajukan diri agar seiring dengan orang lain dan terapkan nilai perpaduan.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang