Kemenangan Najib buktikan PMX tidak campur tangan kes mahkamah – PKR Sabah

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyifatkan keputusan mahkamah membenarkan rayuan semakan kehakiman kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkait Titah Adendum, sebagai bukti tiada campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin berkata, keputusan itu membuktikan Anwar tidak menyalahgunakan kuasanya untuk mencampuri urusan mahkamah bagi membalas dendam terhadap bekas seteru politik beliau.

“Di sebalik fitnah dan tohmahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu adendum bagi meringankan hukuman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada tahanan rumah, Perdana Menteri membuktikan beliau tidak menyalahgunakan kuasa beliau untuk mencampuri urusan mahkamah bagi membalas dendam terhadap bekas seteru politik beliau.

“Semalam kita dapat lihat keputusan mahkamah membenarkan rayuan semakan kehakiman kepada Najib Razak berkait Titah Adendum yang memberikan beliau tahanan rumah.

“Walaupun Pas dilihat menunggang isu ini namun semua tahu ketika Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan, Najib Razak telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

“Hanya ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri hukuman terhadap Najib Razak dikurangkan iaitu kepada enam tahun penjara dan denda sebanyak RM50 juta.

“Ini juga bukti bahawa Perdana Menteri tidak mencampuri urusan mahkamah,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini pada Selasa.

Tambah Razeef, Kerajaan Madani tidak akan membenarkan campur tangan sama ada mendesak atau menghalang siasatan.

Katanya, ia sama seperti kes lain melibatkan pemimpin politik termasuk beberapa kes melibatkan pemimpin utama dalam Kerajaan Persekutuan dan negeri yang masih berjalan.

“Ini adalah reformasi yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan. Kita tidak mahu pendakwaan yang dilakukan secara gopoh akibat dendam politik mengakibatkan kecacatan pada pendakwaan yang akan mengakibatkan perasuah terlepas,” ujarnya.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli