Kemboja nasihat Thailand undur pasukan tentera

PHNOM PENH – Kemboja menggesa Thailand mengundurkan tenteranya dari kawasan yang didakwa Phnom Penh miliknya.

Perkembangan itu dilaporkan seminggu selepas gencatan senjata dicapai untuk menghentikan pertempuran di sepanjang sempadan yang dipertikaikan.

Kementerian Luar Kemboja dalam kenyataan, menuntut pengunduran semua anggota dan peralatan tentera Thailand dari wilayah Kemboja dan kembali ke posisi yang selaras dengan sempadan yang sah.

Mereka juga menggesa Thailand menghentikan segala aktiviti ketenteraan bermusuhan di sempadan dan dalam wilayah Kemboja.

Pada Jumaat, Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra, menuduh Thailand melakukan penaklukan haram ke atas kampung sempadan Chouk Chey.

Tentera Thailand menafikan dakwaan itu, manakala Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, negaranya tidak pernah melanggar kedaulatan negara lain dan bertindak selaras dengan peraturan antarabangsa.

Anutin berkata demikian ketika melawat pasukan yang dikerahkan ke wilayah sempadan Surin.

Pertikaian lama antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu meletus beberapa kali tahun lalu, dengan pertempuran Disember lalu mengorbankan puluhan orang dan menyebabkan kira-kira satu juta penduduk kedua-dua belah pihak terpaksa berpindah.

Kedua-dua negara bersetuju gencatan senjata pada 27 Disember, menamatkan tiga minggu pertempuran.

Kemboja mendakwa Thailand merampas beberapa kawasan di empat wilayah sempadan sepanjang tempoh itu.

Pertikaian sempadan ini berpunca daripada isu sempadan zaman kolonial sepanjang 800 kilometer, di mana kedua-dua pihak menuntut wilayah dan runtuhan kuil berusia berabad-abad.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16