Kembara Kasih KPWKM percepatkan hasil pembangunan sosial – Nancy Shukri

LAWAS – Majlis penutupan Kembara Kasih KPWKM dan kick-off sambutan bulan keluarga kebangsaan telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata program yang berlangsung selama selama lapan hari kembara ini bukan sahaja memeriahkan jalan raya dari Kuching ke Lawas tetapi menguar-uarkan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang pastinya memberi manfaat dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Jelas beliau, seramai 12 ribu rakyat Sarawak mendapat manfaat secara langsung daripada program kembara Kasih KPWKM.

“Sebanyak 27 aktiviti berjaya dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung,” katanya.

Program Wanita Dinamik yang dilaksanakan semasa Program Kembara Kasih ini juga berjaya memberi manfaat secara langsung kepada 1,000 wanita di Sarawak dengan pemberian bantuan ‘one-off’ RM500 seorang.

Nancy juga mengumumkan KPWKM akan melaksanakan Bulan Keluarga Kebangsaan pada November iaitu inisiatif berterusan yang akan memperkukuh lagi fokus kita kepada kesejahteraan keluarga di Malaysia.

Beliau juga berharap dengan adanya program khas kolaborasi antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak seperti Kembara Kasih KPWKM ini dapat membantu mempercepat hasil kepada usaha pembangunan sosial.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Setiusaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusuf, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik