Kemalangan dua kenderaan, seorang maut, seorang cedera

MANJUNG – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar, Kampung Cina, Seri Manjung di sini lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian kira-kira jam 11.53 malam itu melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Perodua Myvi.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki terlibat. Mangsa yang cedera dari Mitsubishi Triton telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Manakala seorang lagi yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang maut dan tersepit.

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Operasi membabitkan 10 orang anggota bomba itu tamat jam 1.08 pagi.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan