Kemahiran juruterbang TUDM gamatkan pembukaan rasmi LIMA’25

LANGKAWI – Persembahan udara yang mengagumkan, dimulakan dengan kemunculan tiga pesawat F/A-18D Hornet dan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), telah membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) hari ini.

Majlis perasmian pembukaan pameran dan Opening Gambit TUDM itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Aksi pembukaan yang mengagumkan itu diserikan lagi dengan pertunjukan formasi udara serta aerobatik yang melibatkan keseluruhan 25 aset udara, antaranya enam pesawat latihan Pilatus PC-7 MK II, dua pesawat angkut A400M, tiga pesawat C130H dan lapan helikopter pelbagai jenis iaitu EC-725, AW-139 dan EC120B.

Persembahan yang mengujakan itu berlangsung di ruang udara Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, dan disaksikan oleh ribuan pengunjung termasuk delegasi tempatan dan antarabangsa serta orang ramai di sekitar pusat pameran.

Turut hadir, menyaksikan majlis pembukaan itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar.

LIMA’25 yang memasuki edisi ke-17 menghimpunkan 860 pempamer dari 24 negara, terdiri daripada 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.

Pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 24 Mei ini merupakan platform bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pertahanan dan aeroangkasa serantau.

LIMA’25 yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) turut memberikan penekanan terhadap inovasi dan peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Bertemakan “Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan”, pameran kali ini merupakan yang terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

Related Posts

UEC bukan kurikulum kebangsaan, tiada keperluan diiktiraf

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan langkah itu tidak selari dengan objektif dalam memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam