Keluarga tak pernah paksa undi parti mana – Pengundi muda

TAPAH – “Ibu dan ayah tidak pernah paksa. Undi adalah pilihan masing-masing dan inilah demokrasi matang dalam keluarga saya,” kata pengundi baharu, Ahmad Saufi Mhd Roslan.

Dia yang merupakan penuntut Institut Kemahiran MARA di Sungai Petani, Kedah, itu merupakan golongan muda pertama menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong hari ini.

Belia berusia 19 tahun yang julung kali mengundi itu mengakui teruja untuk menunaikan tanggugjawab sebagai rakyat Malaysia selain sudah membuat persiapan sewajarnya sebelum memilih calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

“Bapa beri kebebasan kepada saya untuk pilih sesiapa pun dan tak perlu terikat dengan keputusan keluarga, selain beliau turut memberi pendedahan mengenai prosedur pengundian yang betul.

“Saya tidak berkesempatan mengikuti siri kempen calon pada PRK kali ini, tetapi ada kaji serba sedikit mengenai perjuangan setiap daripada mereka.

“Saya memilih untuk keluar awal hari ini, kerana akan pulang ke Kedah menjelang tengah hari nanti, selain perlu memberi ruang kepada kakak dan ibu yang akan mengundi selepas kami kembali ke rumah,” katanya ketika ditemui media di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, pada Sabtu.

Ahmad Saufi hadir ke pusat pengundian itu bersama bapanya, Mhd Roslan Ghazali, kira-kira kira jam 7.30 pagi tadi.

Sementara itu, Mhd Roslan 52, juga teruja kerana berpeluang melihat Ahmad Saufi mengundi, selain akan menghantar anak keduanya itu pulang ke Kedah selepas keluarga selesai menikmati juadah tengah hari nanti.

Biarpun sudah lapan kali mengundi, pengusaha perabot itu bagaimanapun menjelaskan tanggungjawab berkenaan penting bagi memastikan kelangsungan masa hadapan golongan muda, terutama di kawasan DUN berkenaan.

“Kelainannya kali ini, saya dibenarkan untuk celup dakwat guna jari kelengkeng, memandangkan jari telunjuk sudah tiada ekoran terputus akibat kemalangan di tempat kerja, pada 2006.

“Saya turut memberi kelonggaran kepada 10 kakitangan untuk mengundi terlebih dahulu, sebelum mereka masuk kerja hari ini,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan saingan tiga penjuru antara Dr Mohamad Yusri Bakir dari Barisan Nasional (BN); Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola persahabatan di Pulau Pinang, pada 22 Februari lalu.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy