
MUKAH – Pokok rumbia sememangnya mempunyai banyak manfaat yang dapat dihasilkan untuk tujuan komersial.
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata kelebihan pokok rumbia perlu dikaji lebih mendalam kerana ia berpotensi diperkenalkan pada peringkat lebih tinggi.
“Hampas rumbia dapat diproses menjadi biogas yang digunakan untuk tujuan memasak,” kata beliau.
Beliau menjelaskan rumbia ini juga masih dalam proses kajian dan perlu diperbaiki untuk dihasilkan sebagai biogas.
Sememangnya, ujar beliau, hampas rumbia dapat dijadikan sesuatu yang bermanfaat jika diteliti lebih mendalam.
Beliau berkata demikian kepada media semasa mengadakan lawatan kerja ke CRAUN Research Mukah pada Selasa.
Sementara itu, beliau turut menyokong penuh inisiatif penggunaan tenaga alternatif dan tenaga hijau.
“Saya difahamkan terdapat dua kampung yang berhampiran dengan loji ini akan mendapatkan perkhidmatan penyambungan secara percuma kerana ia masih dalam proses penyelidikan,” kata beliau.