Kelayakan Piala Asia 2027, Malaysia dalam kumpulan F

SKUAD bola sepak negara boleh menarik nafas lega apabila diundi dalam kumpulan tanpa pasukan ‘Pak Arab’ pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, Harimau Malaya berdepan tugas sukar menentang jaguh Asia Tenggara, Vietnam dalam Kumpulan F.

Selain Vietnam yang berada di ranking ke-116 dunia, Malaysia diundi bersama Nepal (175) dan Laos (186) dalam majlis undian petang tadi.

Biarpun tidak berdepan pasukan dari negara Arab seperti Syria dan Lubnan, namun laluan Malaysia tidak boleh dikatakan mudah melihatkan kepada reputasi dimiliki Vietnam.

Rekod pertemuan sebelum ini juga banyak memihak kepada pasukan ‘Golden Star Warriors’ itu apabila menang 11 daripada 13 perlawanan sejak 2012.

Harimau Malaya perlu melakukan persiapan rapi jika mahu tampil mencabar pada saingan Piala Asia di Arab Saudi pada 2027.

Hanya enam slot berbaki untuk ke Piala Asia dan juara bagi setiap kumpulan dalam pusingan ketiga kelayakan ini akan mara.

Related Posts

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

ARSENAL mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

PEP Guardiola mengakui perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bukan lagi dalam kawalan Manchester City selepas seri 3-3 dengan Everton, awal pagi tadi. “Sekarang ia bukan lagi di tangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan