Kelar isteri, bakar kenderaan, lelaki berdepan hukuman mati dan penjara 14 tahun

TANGKAK – Seorang penganggur hanya tersenyum sebaik keluar dari Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas berdepan pertuduhan membunuh isterinya dengan cara mengelar leher mangsa di Taman Cahaya, Bukit Gambir di sini, minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 33, dituduh membunuh isterinya, Iecah Junus, 33, antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang, pada 2 Jun lalu di Taman Cahaya sekaligus memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati.

Tertuduh bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Kiat.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah agar tertuduh dirujuk ke Hospital Permai Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan psikiatrik selari dengan Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan tiada jaminan ditawarkan dengan sebutan semula ditetapkan pada 8 Julai ini untuk laporan patologi dan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Amirah Sapian sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus selesai pertuduhan pertama, tertuduh kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar bagi mendengar sembilan lagi pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Mohamad Khairul Azmi bagaimanapun hanya mengaku enam daripada keseluruhan sembilan tuduhan yang dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Tertuduh mengaku bersalah untuk tuduhan pertama, kelima hingga kesembilan iaitu membakar enam buah kenderaan masing-masing dua pacuan empat roda dan motosikal selain sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta.

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong dan Kebun Durian Kampung Teratai 2, Sagil, Tangkak, Johor, antara 4.36 hingga 6.46 pagi, 3 Jun lalu.

Bagi tuduhan kedua hingga keempat, dia mengaku tidak bersalah melakukan khianat dengan membakar dua motosikal dan sebuah kereta di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong pada tarikh dan masa yang sama.

Oleh itu, bagi kesemua tuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Julai ini untuk fakta dan hukuman serta serahan dokumen dan lantikan peguam bagi tuduhan yang mana tertuduh mengaku tidak bersalah.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan