CENTEXS Lundu dipilih sebagai pusat latihan teori

LUNDU – Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu dipilih sebagai pusat latihan teori bagi program pengajian aeroangkasa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fakulti pengajian itu akan dimulakan secara sementara di Kolej Universiti iCATS.

Pengajian itu merupakan bidang baharu di Sarawak yang berkaitan dengan teknologi tinggi.

“Kita (Sarawak) sudah ada rekaan cip (dan) mengeluarkannya (termasuk) cip baharu Avionics yang ada hubung kait dengan sektor penerbangan.

“Jadi ini merupakan ekosistem yang kita (ingin) bangunkan dan CENTEXS Lundu dikenal pasti sebagai pusat latihan teori,” katanya.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa perkara sedang diperhalusi termasuk aspek logistik.

“Pengambilan pertama belum lagi kerana kita (sedang) memindahkan satu syarikat pengeluaran bahan ‘aircraft’ dari Selangor ke sini.

“Apa yang kita (hendak) buat adalah komponen kapal terbang dan (termasuk) avionic dan sayap,” katanya.

Sebelum ini Abang Johari memaklumkan Kerajaan Sarawak mahu menawarkan kursus aeroangkasa di Kolej Universiti i-CATS dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

Related Posts

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

GERIK – Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes gangguan seksual di sebuah pasar raya di daerah ini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar