Kehilangan Allahyarham Rozaid amat dirasai ‐ TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Datuk Rozaid Abdul Rahman petang Ahad.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, beliau mengenali Allahyarham sejak dari usia muda.

Beliau juga sempat menziarahinya ketika berada di hospital.

“Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya, Rozaid Abdul Rahman yang telah disahkan meninggal dunia di kediaman keluarganya petang tadi.

“Saya kenali Allahyarham dari usia muda lagi dan baru sahaja menziarahi beliau tempohari.

“Pastinya kehilangan ini amat dirasai oleh kalangan kami yang sentiasa berhubung dengannya dari dahulu lagi.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” katanya di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut meluangkan masa menziarahi jenazah Allahyarham dan keluarga di kediamannya di Subang Jaya pada jam 11.30 malam tadi.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit.

Turut hadir menziarahi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Allahyarham 59 tahun, pernah berkhidmat sebagai bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian meninggal dunia petang Ahad di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini, akibat masalah jantung.

Jenazah Rozaid akan disembahyangkan di Masjid Putra Heights pada jam 8.30 pagi hari ini dan dikebumikan di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026