Amanah Pahang dukacita dengan sikap Muhyiddin

KUANTAN – Tindakan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan kewibawaan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sangat mendukacitakan.

Apatah lagi ucapan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan di pentas politik, ketika berkempen di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly melalui satu kenyataan hari ini menyatakan rasa terguris dengan sikap Muhyiddin terhadap Sultan Pahang.

“Muhyiddin secara biadab menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

“Cubaan Muhyiddin mengheret institusi diraja demi meraih undi dan memperdaya rakyat mengenai situasi yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 sangat tidak beretika.

“Ia juga secara tidak langsung menghina kewibawaan institusi diraja di negara ini,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, Amanah Pahang meletakkan kepercayaan tinggi terhadap kewibawaan Al-Sultan Abdullah yang telah berjaya menghentikan kemelut politik dengan menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Muhyiddin selaku wakil Bersatu dan Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku wakil Pas dengan angkuh menolak titah (penubuhan) Kerajaan Perpaduan.

“Kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhyiddin yang secara sengaja mencetuskan suasana yang tidak harmoni di negara ini,” katanya lagi.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia