Kedutaan berusaha bawa keluar 83 rakyat Malaysia terkandas di Labuan Bajo

KEDUTAAN Besar Malaysia di Jakarta sedang berusaha membawa keluar 83 rakyat Malaysia yang terkandas di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur.

Ini ekoran penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo akibat letusan Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores.

Jumlah mereka yang majoriti pelancong dijangka bertambah susulan pembatalan penerbangan di dua lagi lapangan terbang di wilayah berhampiran iaitu I Gusti Ngurah Rai, Bali dan Lombok, Nusa Tenggara Barat akibat sebaran abu letusan gunung berapi.

“Rakyat Malaysia yang terkesan diminta mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta memantau perkembangan terkini mengenai pembukaan ruang udara dari semasa ke semasa,” menurut kedutaan dalam satu kenyataan.

Pegawai di kedutaan sentiasa memantau dan menghubungi mereka yang terkesan untuk perancangan laluan alternatif dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Indonesia berhubung status rakyat Malaysia yang terkandas dan saranan laluan alternatif.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di alamat Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, melalui telefon di +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau emel ke mwjakarta@kln.gov.my.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 1,668 pelancong sudah dibawa keluar dari Labuan Bajo menggunakan 73 kapal sejak Sabtu lalu, menurut jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia Budi Rahardjo.

“Lima pelabuhan yang menjadi destinasi, empat di antaranya adalah pelabuhan di Nusa Tenggara Barat, iaitu Sape, Labuhan Lombok, Lembar dan Bima. Satu lagi pelabuhan di Benoa, Bali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo ditutup semula pagi tadi dan empat lagi lapangan terbang di wilayah itu masih ditutup.

Beliau berkata, sejumlah penerbangan laluan Jakarta-Bali, Jakarta-Lombok dan laluan Bali-Australia juga dibatalkan atas faktor keselamatan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) pula memaklumkan abu letusan gunung berapi Lewotobi telah tersebar sehingga ke Pulau Lombok di Nusa Tenggara Barat.

“Abu letusan gunung berapi bergerak ke arah barat hingga barat daya,” kata ketua analisa data BMKG Nusa Tenggara Barat Bastian Andriano, dipetik agensi berita Antara.

Letusan Gunung Lewotobi meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa pada 4 Nov, mendorong pihak berkuasa meningkatkan amaran aktiviti gunung berapi ke tahap tertinggi, iaitu Tahap IV.

Related Posts

Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menangani isu subsidi pada masa ini adalah lebih bersasar dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh, bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data