Kebakaran tapak pelupusan sampah Jerangau – Jabor terkawal

KUANTAN – Kebakaran di tapak pelupusan sampah Jerangau-Jabor, Mukim Sungai Karang dekat sini sejak kelmarin, berjaya dikawal daripada merebak kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng, Zahidah Ali berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai masih ditempatkan di lokasi malam tadi bagi menjalankan pemantauan berterusan.

Beliau berkata, setakat semalam, kawasan terjejas hanya dipenuhi asap dan kerja menimbus semula timbunan sampah dengan tanah sedang dijalankan.

“Langkah ini penting bagi menghalang asap tebal terus keluar dari timbunan. Kerja menimbus dijalankan oleh kontraktor hingga lewat malam, manakala bomba kekal memantau keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zahidah memaklumkan, operasi pemadaman membabitkan keluasan kira-kira satu hektar (400×250 kaki persegi) dimulakan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.46 petang kelmarin, sebelum tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan kebakaran itu menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Balok Baru, Kuantan dan Kemaman, Terengganu.

IPU direkodkan setakat jam 8 malam tadi ialah 151 di Balok Baru dan 150 di Kemaman.

Related Posts

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api