Kebakaran hutan berhampiran Athens marak pantas

ATHENS – Kebakaran hutan membakar timur laut Athens pada Ahad.

Langit Athens bergelapan bersama dan asap menyelubungi ibu negara Greece itu.

Memetik laporan antarabangsa, Lebih 400 anggota bomba, 110 jentera bomba dan sejumlah besar sukarelawan memadamkan kebakaran yang berlaku sekitar jam 3 petang waktu tempatan sekitar 35 kilometer (22 batu) dari Athens.

Turut sama 15 pesawat pemadam kebakaran dan sembilan helikopter itu beroperasi pada lewat petang hingga pagi.

Jurucakap bomba, Vassileios Vathrakogiannis berkata, api merebak ke Tasik Marathon iaitu kolam takungan air penting kepada Athens.

Katanya, jumlah rumah yang rosak masih belum diketahui.

Vathrakogiannis berkata kelajuan angin ribut di kawasan kebakaran dan api melebihi 25 meter (80 kaki) ketinggian.

Penduduk kampung berhampiran kawasan kebakaran telah diberi amaran melalui mesej teks kecemasan untuk berpindah.

Pada lewat petang, mesej juga dihantar kepada penduduk di beberapa pinggir bandar utara Athens agar berpindah.

Polis berkata, mereka memindahkan lebih 200 individu, kebanyakannya warga emas dan lain-lain penduduk tidak mengendahkan amaran itu.

Kebakaran itu juga didorong cuaca panas melampau yang turut melanda Eropah, termasuk di Sepanyol dan Balkan.

Bagaimanapun pihak berkuasa menghantar amaran pemindahan untuk sembilan kawasan berhampiran Varnavas. Menjelang petang, asap tebal menyelubungi sebahagian besar Athens dan telah sampai ke pulau Aegina di selatannya.

Satu lagi kebakaran di kawasan hutan berhampiran bandar Megara, barat Athens, berjaya dikawal pada petang Ahad, kata pasukan bomba.

Beberapa wilayah lain di seluruh Greece berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap risiko kebakaran.

Menteri Krisis Iklim dan Perlindungan Awam, Vassilis Kikilias berkata, beliau mengambil langkah kecemasan melibatkan tentera, polis dan sukarelawan untuk menangani kebakaran hutan sehingga 15 Ogos.

Related Posts

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan inisiatif Jualan Rahmah MADANI dengan penganjuran secara mingguan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis