Anwar sihat, kekal semangat menerajui Malaysia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang; Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur yang merawat beliau.

“Terima kasih kepada seluruh perawat, pakar dan staf perubatan Hospital Serdang, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Alhamdulillah sihat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di HSIS.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui satu kenyataan semalam berkata, tahap kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan baik dan pada tahap optimum.

Beliau kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut mengambil peluang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Perdana Menteri dalam ruangan komen hantaran yang dimuat naik hari ini.

Pengguna akaun Facebook, Fauzi Mazlan mendoakan supaya Anwar sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kekal cergas untuk memimpin negara.

Hassan Hami pula berkongsi rasa syukur dengan perkembangan kesihatan Perdana Menteri yang baik.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar