Kebajikan rakyat agenda utama kerajaan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memastikan semua dasar dan inisiatif direncana mengutamakan agenda kebajikan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan tiada kelompok rakyat tercicir daripada menikmati pembangunan dan kemakmuran negara.

“Saya mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil.2/2024 di Putrajaya, semalam.

“Mesyuarat ini adalah platform untuk kerajaan menekuni permasalahan kos sara hidup serta berbincang mengenai kaedah terbaik dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Anwar berkata, dalam mesyuarat terbabit, beliau menegaskan bahawa indikator ekonomi Malaysia yang menunjukkan prestasi memberangsangkan kebelakangan ini, hanya mampu dimaknai sekiranya ia diterjemah dalam kehidupan rakyat terbanyak.

Katanya, dalam ruang sama, beliau meminta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memastikan tindakan segera diambil kementerian dan agensi berkaitan selepas sesuatu keputusan dicapai.

“Saya turut mengulangi gesaan menuntut perkhidmatan awam menekankan aspek kepantasan, ketelusan dan penjimatan bagi meningkatkan tata kelola dan mutu penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti