Kaum Cina akan keluar beramai-ramai undi Dr Yusri Bakir

KESETIAAN komuniti Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terhadap Barisan Nasional (BN) tidak wajar disangkal kerana undi mereka pasti memihak kepada Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 26 April ini.

Jaminan itu diluahkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon yang berkata, masyarakat Cina di Ayer Kuning akan keluar beramai-ramai untuk mengundi dan memastikan calon Kerajaan MADANI memperoleh kemenangan pada pertembungan tiga penjuru pada PRK kali ini.

“Saya berharap agar pengundi dapat keluar beramai-ramai khususnya daripada masyarakat Cina untuk memberikan sokongan penuh kepada calon BN iaitu Dr Yusri Bakir bagi memastikan BN memperoleh kemenangan besar pada PRK ini,” katanya ketika ditemui berkempen di Kampung Coldstream dekat Tapah, hari ini.

Bagaimanapun, Hang Soon menjelaskan, cabaran utama untuk memenangkan calon BN dalam PRK ini adalah untuk memastikan seramai yang boleh pengundi keluar mengundi pada 26 April.

“Sokongan masyarakat Cina kepada calon BN untuk PRK bagi DUN N48 ini sangat baik. Dijangkakan lebih 90 peratus, khususnya di Kampung Coldstream ini.

“Namun, cabaran utama yang kita hadapi pada ketika ini adalah bagaimana untuk kita menggerakkan seramai mungkin pengundi di kawasan… ataupun bagaimana untuk memujuk para pengundi yang tinggal di luar kawasan supaya pulang mengundi.

“Semua ini penting untuk kita memastikan calon yang kita pertaruh di PRK DUN Ayer Kuning, Dr Yusri Bakir mendapat sokongan penuh, seterusnya dinobatkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya MCA untuk PRK Ayer Kuning.

Hang Soon juga menegaskan, MCA akan terus memberi komitmen padu dalam membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan daripada BN sepanjang dua minggu tempoh berkempen.

“Ini bukan lagi satu persoalan. MCA sememangnya dari sejak awal lagi dan selama ini… dalam kerjasama yang penuh erat membantu calon BN dalam setiap pilihan raya.

“Maka, tidak perlu dipersoalkan lagi kerana MCA memberikan komitmen sepenuh-penuhnya supaya BN menang dengan bergaya di setiap pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, Hang Soon turut mendekati para pengundi di Kampung Coldstream yang menghadapi masalah ‘badworm’ memandangkan kebanyakan daripada mereka adalah pekebun kelapa sawit.

“Di Kampung Coldstream ini ada satu masalah iaitu ‘badworm’. Di sini ramai petani yang mengusahakan tanaman kelapa sawit dan ia melibatkan tanaman seluas 10,000 hektar.

“Saya telah mendapatkan pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan sokongan dan kelulusan daripada Menteri Pertanian dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani.

“Setelah kita turun padang dan mengkaji keadaan ini, akan diusahakan satu samburan untuk membantu para petani terkesan dan menyelesaikan masalah ‘badworm’ ini,” katanya.

Pada PRK Ayer Kuning ini, Yusri akan ditentang oleh calon Perikatan Nasional (PN) Abdul Muhaimin Malek dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Pada PRU15 lalu, Ishsam Shahruddin mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi, memperolehi 9,088 undi dalam pertembungan lima penjuru, menewaskan calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16