Kaukus Palestin Parlimen Malaysia selar jenayah perang Israel, gesa dunia campur tangan

KAUKUS Palestin Parlimen Malaysia menyelar tindakan Israel yang melanggar gencatan senjata yang meragut nyawa 436 orang warga Palestin, termasuk 183 orang kanak-kanak terbunuh sejak Israel memulakan semula serangan ke atas Gaza pada awal pagi Selasa.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan, tindakan ini adalah disengajakan oleh Israel dan jenayah ini mengorbankan seorang pekerja kemanusiaan serta lima orang lagi tercedera.

“Kami juga terkejut mengetahui tentang serangan kejam terbaharu terhadap kemudahan Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOPS) di tengah Gaza.

“Ini bukan sekadar serangan. Ini adalah pembantaian, satu peningkatan jenayah perang yang berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, usaha kemanusiaan, agensi dan pekerja PBB.

“Kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa ini ‘hanyalah permulaan’ membuktikan niat sebenar Israel, bukan keamanan yang dicari, tetapi pemusnahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) menyokong penuh keganasan yang dilakukan oleh Israel dengan membiayai dan memberikan sokongan ketenteraan.

Mengulas lanjut Syed Ibrahim berkata, secara tidak langsung AS juga bersubahat dan bertanggungjawab terhadap jenayah kekejaman ke atas rakyat Palestin.

“Dengan membekalkan senjata, melindungi Israel daripada pertanggungjawaban dan membiarkan kepungan ke atas Gaza berterusan, Amerika Syarikat secara langsung menjadi penyumbang kepada penderitaan rakyat Palestin,” katanya.

Katanya, Israel masih meneruskan sekatan bantuan serta pengusiran secara paksa adalah hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.

Jelasnya, Malaysia menggesa tindakan segera di peringkat global untuk segera menamatkan keganasan di Gaza termasuk, menamatkan bantuan ketenteraan kepada Israel, campur tangan bagi memberikan laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta pertanggungjawaban atas jenayah perang yang dilakukan Israel.

“Kecaman sahaja tidak memadai. Sekarang adalah masanya untuk untuk bertindak. Dunia mesti menentang pembunuhan beramai-ramai ini dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan yang sah untuk kebebasan, keadilan, dan maruah mereka,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM