Kastam Pahang rampas e-waste, skrap logam nilai RM4.4 juta

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya mematahkan cubaan menyeludup sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dan skrap logam dari luar negara pada 21 Mei lalu.

Kejayaan itu hasil pemeriksaan ke atas tujuh kontena di Pelabuhan Klang, Selangor.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, nilai rampasan menerusi serbuan itu dianggarkan RM4.4 juta.

“Operasi dijalankan dalam dua serbuan serentak oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Bentong dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor di CP-Hold Yard North Port dekat Pelabuhan Utara.

“Dalam serbuan pada jam 1.15 petang itu, kita memeriksa tiga buah kontena bersaiz 12.2 meter (40 kaki) mengandungi e-waste seberat 46,726 kilogram (kg) bernilai RM700,890 tanpa cukai.

“Komoditi itu dipercayai diimport tanpa permit atau membuat pengikraran dagangan import dalam borang kastam satu dengan tidak betul,” katanya pada sidang media di Bentong, hari ini.

Mohd Asri berkata, dalam serbuan kedua di lokasi dan waktu yang sama, pihaknya berjaya menahan empat kontena mengandungi bahan kepingan aluminium (aluminium flakes) dipercayai dikrarkan secara tidak betul dalam borang kastam satu sebagai barangan lain.

“Rampasan komoditi kepingan aluminium itu berjumlah 105,760 kg dengan nilai anggaran RM3.7 juta tanpa cukai.

“Dua komoditi ini dibawa masuk dari Jepun dan Amerika Selatan dan kita masih menyiasat pengimportnya yang disyaki pihak yang sama,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket penyeludupan itu adalah membuat pengikraran tidak benar dalam borang kastam satu dengan mengikrarkan dagangan sebagai ‘copper concentrate’ bagi mengelakkan keperluan permit import.

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka