Kasih Insani 7@Aidilfitri bukti keprihatinan UNIMAS bantu pelajar B40

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus menzahirkan keprihatinannya terhadap kebajikan pelajar menerusi penganjuran Program Kasih Insani siri ke-7@Aidilfitri yang berlangsung pada Isnin.

Program anjuran Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS itu merupakan acara tahunan sejak 2019 yang bertujuan menyampaikan bantuan kepada pelajar daripada keluarga B40 serta komuniti yang memerlukan.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata edisi kali ini mencatat rekod tertinggi dari segi jumlah bantuan yang diagihkan.

“Paling menarik tahun ini, kita berjaya mengumpul agihan bantuan berjumlah RM1,150,995 bersama 1,500 kotak makanan sedia dimakan (MRE) untuk diagihkan kepada penerima,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Tambah beliau, bantuan disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk biasiswa, komputer riba, wang saku serta makanan bagi membantu meringankan beban pelajar.

Antara penyumbang utama program berkenaan ialah Lembaga Tabung Haji, Maybank Islamic Berhad, AmBank Islamic Berhad, Bank Rakyat, Telekom Malaysia Berhad, Tabung Baitulmal Sarawak dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie serta barisan pengurusan utama universiti termasuk para dekan dan pengarah pusat.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan