Karnival PKMS promosi Tawau, Kalabakan jadi hab perniagaan

TAWAU – Karnival PKMS dilihat sebagai satu gerak kerja mempromosikan Tawau dan Kalabakan sebagai hab perniagaan memandangkan kedudukannya yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia. 

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, banyak produk Sabah yang kompetitif dan boleh dieksport ke luar negara. 

“Ada beberapa produk di daerah Tawau ini yang saya ingat kita boleh menduniakan (bawa ke peringkat global), jadi kita kena guna manfaat digital seperi platform e-dagang agar pemasaran produk lebih meluas. 

“Selain itu produk-produk kita ini berdaya saing dan kita boleh eksport, yang penting produk kita berkualiti dan mempunyai ‘packaging’ yang baik. 

“Yang penting juga ‘networking’ usahawan di Malaysia dan juga usahawan Indonesia supaya Indonesia pun boleh eksport ke sini dan kita juga boleh import ke negara jiran kita,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Usahawan PKMS Sabah 2025 Zon Tawau dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau, pada Sabtu. 

Suryady yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, ke arah hab perniagaan juga, banyak produk usahawan ini ditempatkan di pasar raya dan premis terpilih seperti di Bataras dan Sthamin Supermarket yang membolehkan ‘branding’ produk dihasilkan usahawan tempatan itu lebih meluas dan dikenali. 

“kerajaan persekutuan ataupun negeri sedang bantu usahawan-usahawan ini melalui geran dan bantuan bimbingan serta latihan, jadi terpulang dengan usahawan itu untuk lebih proaktif,” katanya. 

Tambahnya, kerajaan Sabah juga komited mempergiat hubungan perdagangan dengan Indonesia dengan menaik taraf kemudahan seperti pusat CIQS. 

“Kita sedia maklum hubungan dagang Malaysia-Indonesia itu memang sedia ada, jadi dengan adanya perhubungan jalan darat dan jalan udara ini akan merancakkan lagi ekonomi,” ujarnya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta