Karnival Aspirasi Pahang 1st di Raub mulai esok

KUANTAN – Karnival Aspirasi Pahang 1st akan membuka tirainya bermula esok hingga Ahad ini dengan pelbagai pengisian menarik yang bakal memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Program tiga hari itu berlangsung di Kampung Gali Tengah, dekat Raub, menyediakan pelbagai acara dan aktiviti dianjurkan.

Antara acara menjadi tumpuan ialah Malam Solidariti Pahang4Palestine malam esok, yang dijangka mengumpulkan ribuan pengunjung bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Solidariti itu dijadualkan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bermula jam 7.45 malam dengan tema warna putih dan hitam sebagai pilihan pakaian.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik dan motosikal menerusi cabutan bertuah, selain penampilan istimewa penyanyi terkenal Iwan Syahman dan kumpulan nasyid, Awla.

Program ‘Pahang Bertanjak dan Berkain Sarung’ sempena Himpunan 500 Pendekar turut menjadi tarikan utama karnival pada jam 4 petang, Sabtu ini.

Acara tersebut akan menonjolkan keindahan warisan Melayu tradisional dengan penyertaan golongan muda dan dewasa; lelaki mengenakan tanjak manakala wanita berkain sarung.

Program itu juga bakal diserikan dengan persembahan 20 perguruan silat dari seluruh negeri Pahang.

Penganjuran karnival ini turut disokong oleh pelbagai agensi kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, serta komuniti setempat.

Sepanjang tiga hari penganjuran, turut disediakan seperti pameran agensi, jualan produk usahawan tempatan, kenduri rakyat, sukan rakyat, persembahan kebudayaan dan forum ilmiah.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli BACHOK – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyantuni warga Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM