Kanak-kanak perempuan OKU ditemukan lemas

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang apabila terjun ke dalam sungai di Kampung Lokub, Sepanggar, di sini pada Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Adanan Sapawi berkata mangsa telah ditemui meninggal dunia pada pukul 6.30 petang oleh pasukan penyelamat unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.

“Pasukan penyelamat berjaya menemukan mangsa yang didapati tersekat pada objek di dasar sungai sekitar 25 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjun ke sungai.

“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Indah Tawasil, berusia 11 tahun.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum itu, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.03 tengahari, dimaklumkan oleh pemanggil bahawa kanak-kanak berkenaan telah terjun ke dalam sungai dan didapati tidak timbul,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, seramai 23 anggota penyelamat bersama anggota PDRM dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah ‘surface rescue’ menggunakan bot penyelamat yang turut dibantu oleh unit PPDA melalui kaedah selaman.

Operasi ditamatkan pada pukul 6.47 petang, setelah tiada lagi bahaya dikesan di lakosi kejadian.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat