Kanak-kanak lemas ketika mandi di Pantai Kandis

SEORANG kanak-kanak lelaki lemas manakala tiga lagi sepupunya terselamat ketika mandi di Pantai Kandis, dekat Bachok, Kelantan, lewat petang Jumaat.

Mayat mangsa, Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden, 9, ditemukan pada jam 7.25 malam dalam jarak satu kilometer (km) dari tempat terakhir dikatakan lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pengawai Bomba Kanan II KUP, Yusri Mat Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.11 petang berhubung kejadian itu dan tiba di lokasi pada jam 6.31 petang untuk operasi mencari serta menyelamat mangsa.

“Kejadian lemas berlaku di pantai terbabit melibatkan mangsa yang mandi bersama tiga lagi sepupu.

“Seorang mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana ombak dan arus deras manakala lain-lain terselamat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurut beliau, sebaik dijumpai, mangsa yang lemas dibawa ke tepi pantai dan diberi bantuan pernafasan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

“Operasi pencarian yang dilakukan oleh lapan anggota dari BBP Bachok dan dibantu unit Pasukan Penyelamat di Air Pengkalan Kubur tersebut ditamatkan,” katanya.

Difahamkan, tiga yang terselamat membabitkan kanak-kanak berusia lapan, 10 dan seorang remaja berusia 15 tahun.

Related Posts

Exco akui kelemahan semakan jersi

KANGAR – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak mengakui terdapat kelemahan dalam semakan terhadap jersi yang dipakai dalam satu program sukan di Perlis baru-baru ini. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

BUTTERWORTH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang merekodkan sebanyak 11 kes panggilan palsu sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini sekali gus memberi kesan kepada kecekapan operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang