Kanak-kanak 6 tahun dikhuatiri hilang di sungai

KENINGAU – Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun dikhuatiri hilang di sungai, Kampung Baginda, di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 3.18 petang.

Katanya, menurut pemanggil, jarak antara rumah dengan sungai adalah 50 meter dan mangsa disedari hilang pada pukul 12.15 tengah hari, pada Khamis.

“Keluarga mangsa hanya menemukan selipar mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki, di tepi sungai berdekatan batu.

“Pasukan bomba di lokasi melakukan pencarian di sekitar kawasan terakhir mangsa dilaporkan hilang dan di tebing sungai sejauh 100m bersama orang kampung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Mangsa, bagaimanapun belum ditemukan dan operasi ditangguhkan pada pukul 6.20 petang dan akan disambung pada Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sharudy, maklumat terkini berkaitan kejadian tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Sebelumnya, seramai 11 anggota digerakkan dan tiba di lokasi pada pukul 3.20 petang dalam jarak 9 kilometer,” katanya.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan