Kami diseksa, disimbah minyak oleh Zionis Israel – Ardell Aryana

PUTRAJAYA – Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berdepan detik cemas apabila kapal dinaikinya bukan sahaja diserang, malah turut didera oleh tentera zionis Israel tanpa belas kasihan.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, berkongsi perkembangan itu menerusi rakaman video secara langsung sebelum komunikasi terputus awal pagi tadi.

Dia mendedahkan kapal berkenaan yang sedang dalam misi kemanusiaan ke Gaza disimbah minyak dan air laut meskipun sukarelawan sudah mengangkat tangan sebagai tanda menyerah.

“Tolong kami, mereka sedang cuba ‘torture’ kami. Kapal mereka sangat besar, seperti kapal perang, sedangkan kami hanyalah sukarelawan tanpa senjata. Subhanallah… Ya Allah.

“Kami semua dalam keadaan basah kuyup, bot rosak di bahagian belakang kipas.
Sekarang kami cuba untuk buka layar disebabkan kipas sudah patah.

“Saya juga hampir terjatuh, nasib baik ada rakan yang pegang. Saya tak tahu apa permainan Israel sekarang kerana kami semakin dekat dengan Gaza.

“Sekarang mereka ‘torture’ mental kami kerana tahu tiada tempat berteduh, tiada bumbung. Jadi mereka serang dengan cara lain,” katanya.

Dalam video sama, Ardell memaklumkan siaran langsung itu mungkin peluang terakhir memaklumkan kepada masyarakat Malaysia dan dunia tentang kekejaman zionis sebelum telefon miliknya dibuang ke laut oleh tentera Israel.

Dia turut menyeru agar semua terus berdoa dan membaca Qunut Nazilah dan pihaknya akan sebaiknya kekal tenang walaupun telah menjadi tahanan pihak Israel.

“Mereka datang, lampu-lampu putih semakin dekat. Israel dah keliling kapal saya. Mungkin mereka sedar saya sedang ‘live’, tapi tak mengapa, saya akan jadi orang terakhir buang telefon ini.

“Insya-Allah, jangan panik, team ‘ground’ kami dari MAPIM akan update (kemas kini), Datuk Sani (Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby) dan juga Tuan Nadir ( Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman).

“Sekiranya tiada ‘update’ daripada semua sukarelawan bermula pada malam ini, jangan risau tentang kami, akan ada ‘second wave’ (gelombang kedua), sukarelawan lain untuk bebaskan Gaza, sebab mereka sangat-sangat perlukan kita. Tentang kami, jangan risau… patah tumbuh hilang berganti,” katanya.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik