Kaki ayam, kenderaan RM1.4 juta dirampas PGA

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup kaki ayam sejuk beku ke negara jiran berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan rampasan keseluruhan bernilai lebih RM1.4 juta dalam satu serbuan di sini, Jumaat lalu.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, serbuan dijalankan oleh Cawangan Risik Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu menerusi Op Taring Wawasan Kedah/Perlis kira-kira pukul 7 petang.

“Lori kontena jenis Volvo bernombor pendaftaran tempatan dikesan sedang menurunkan barangan ke dalam dua buah pikap Toyota Hilux bernombor Thailand di tepi jalan berhampiran Kompleks Bebas Cukai Jalan Baru Sadao.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 2,646 kotak berisi kaki ayam sejuk beku yang cuba diseludup keluar dari negara ini,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Menurut Shahrum, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan beralamat di Penaga, Pulau Pinang.

Katanya, nilai rampasan kaki ayam dianggarkan sebanyak RM317,520 manakala dua buah pikap dan lori kontena bernilai RM1.1 juta menjadikan jumlah keseluruhan sitaan RM1,417,520.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 serta diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan lanjut.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Katanya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti saki-baki rangkaian sindiket yang aktif di kawasan Padang Besar.

Briged Utara PGA turut memberi amaran bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap sebarang cubaan penyeludupan di sepanjang sempadan Perlis dan Kedah.

Related Posts

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah