Kajian Imam al-Ghazali berkenaan akhlak, tasawuf sesuai dipraktikkan masyarakat Islam Sabah

KOTA KINABALU – Pendirian Kerajaan terhadap pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks akhlak dan tasawuf aliran Imam al- Ghazali amat sesuai dipraktikkan masyarakat Islam di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Exco Agama Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Datuk Mohd Arif berkata, ia selaras dengan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil 2/2016 yang telah diwartakan 7 September 2017 dan merujuk kepada Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019.

“Imam al- Ghazali adalah seorang tokoh akademik antarabangsa yang banyak menguasai disiplin ilmu termasuklah ilmu akhlak dan tasawuf sehingga dia digelar sebagai Hujjatul Islam.

“Menurut beliau (Imam al-Ghazali), akhlak berasal daripada perkataan al-khalqu (kejadian) dan al-khuluqu (akhlak atau tingkah laku), yang dimaksudkan al-khalqu adalah bentuk zahir dan al-khuluqu adalah bentuk batin manakala tasawuf menurut beliau adalah dekat dengan kesederhanaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi menjawab soalan ADUN dilantik, Datuk Amisah Yassin berhubung soalan bertulis ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman.

Sehubungan itu, katanya, pendirian kerajaan adalah jelas dan sesuai untuk dipraktikkan masyarakat Islam Sabah yang sentiasa mengutamakan nilai-nilai toleransi, perpaduan dan meraikan kepelbagaian etnik, budaya, bahasa dan agama.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta