Kaedah saingan terbuka banteras monopoli baja subsidi sedang diteliti KPKM – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Cadangan pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka sedang diteliti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu sebagai usaha bagi membanteras monopoli dalam pembekalan baja bersubsidi.

“Melalui sistem persaingan terbuka ini, semua pengilang baja termasuk pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan mempunyai peluang yang sama untuk menyertai tender terbuka sekiranya diiklankan kelak,” kata Mohamad melalui jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai pendekatan baharu KPKM untuk mengelak monopoli dalam pembekalan baja subsidi kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pembekalan input pertanian bersubsidi kepada pesawah pada masa ini dilaksanakan pembekal tunggal yang dilantik kerajaan iaitu Nafas.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas Nafas dalam pembekalan dan pengedaran input pertanian bersubsidi sebelum ini.

“Nafas juga mempunyai rangkaian organisasi pembekalan yang lengkap sehingga ke peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai jentera di lapangan dan merupakan stokis untuk pembekalan input pertanian itu,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy