Kadar kemalangan motosikal membimbangkan, kata PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal yang berkait dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, kebimbangan sama turut dizahirkan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, dalam pertemuan mereka di Putrajaya, semalam.

“Antara intipati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.

“Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi, akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan selain turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia Madani,” katanya.

Anwar berkata, pertubuhan bukan kerajaan diterajui Lam Thye – seorang aktivis sosial berpengaruh – berperanan mempromosi kempen kesedaran, keselamatan dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya selamat, sihat serta mewujudkan suasana kerja kondusif.

Related Posts

Isu Petronas-PETROS selesai, Sarawak rakam penghargaan kepada PM Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan atas kejayaan menyelesaikan isu berhubung penglibatan Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan, Sarawak capai persetujuan, Petronas kekal peranan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg menandatangani satu deklarasi bersama bersejarah yang membuka lembaran baharu kerjasama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau