Anggota komando ditemukan lemas lepas hilang semasa latihan menyelam

KUANTAN – Selepas hampir 48 jam dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam sejak Khamis di Pelabuhan Kuantan, seorang anggota komando tentera ditemui lemas, pagi semalam.

Mayat Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, ditemukan dalam keadaan terdampar di tebing batu, kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan hilang, sekitar jam 10 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat mangsa dalam keadaan lengkap berpakaian dan bersama peralatan menyelam ketika ditemui.

Berdasarkan laporan, katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama tiga anggota komando melakukan latihan selam skuba di kawasan pelabuhan itu.

Mohd Adli berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada jam 3.19 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat disertai anggota polis, bomba serta tentera dilancarkan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa bertugas di Rejimen 22, Kem Iskandar Mersing, Johor dan dijadualkan menjalani latihan di Kuantan antara 30 Jun hingga 9 Julai.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO